Isnin.
suasana sibuk di pekarangan UiTM Alor Gajah , Melaka.
Ku menyusuri laluan yang pernah ku lalui sebelum ini..
Pintu gerbang , Bank Islam , Coolblog , Tun Fatimah , Jambatan ,Masjid , Laksamana , Tun Hamzah , Masjid , Jambatan , Pintu Gerbang..
Ku lalui sambil mengelamun , namun langkahku laju ke destinasi ..
Untuk berjumpa dengan insan-insan yang sudah lama dirindui..
sempat melapangkan masa untuk menyertai 'bulatan gembira' , terserempak dengan sahabat lama , sempat menulis karya di tepi tasik, sempat bertukar-tukar cerita dan impian dengan sahabat seusrah..
Allah..sangat indah kenangan itu~
2.00pm
seusai solat jemaah bersama teman senama..
ku mohon restu mereka semua sebelum melangkah pergi..
lama berpelukan..nasihat sentiasa diberikan..
dan saat itu airmataku seakan mahu menitis..
lantas aku tersedar..aku bukan budak kecil lagi..
ku susun langkah demi langkah..
hingga ke pintu gerbang besar..
ku pandang sekilas di belakangku..
bilakah akan aku kembali ke sini?
hanya ALLAH yang tahu..
*kenangan semanis kurma yang dikongsi bersama..makan setalam dengan jemput2 hangus..huhu..suapan pertama untuk sahabat menjadi amalan..ALLAH..~
#Ya ALLAH , Engkaulah pemegang hati-hati kami..
hembuskanlah kasih sayangMu dalam hati-hati kami ini , ya Rabb..semoga ukhwah ini bukan sekadar di alam Maya..bahkan biarkanlah ia kekal di alam realiti..untaian kasih cinta bertasbih bukan hanya sekadar nama..semoga ukhwah ini mendapat redhaMu..ya rabbulizzati..sesungguhnya, hanya Engkau Yang Maha Pengasih , lagi Maha Penyayang..aamiin..ya rabbal alamin..~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan