YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Selasa, 13 Disember 2011

SURAT UNTUK MUJAHID ISLAM :)

kepada: sang adam si mujahid Islam..


adam..
pandanganmu membuatku tidak selesa..
tundukku bukan kerna ku sombong tatkala ditegur..
tetapi cuba membantumu dari terjebak fitnah hati qalbumu..

adam..
semakinku tidak melayan karenahmu..
semakin engkau menghampiriku..
sering kau katakan padaku..
"gadis yg jinak2 merpati..semakin dihampiri..semakin jauh dia lari.."

sedarkah wahai dirimu , adam...
ku cuba menjaga ikhtilat diri antara kita..
agar tidak terjerumus pancaroba dunia..
agar tidak terleka keindahan sementara..
yang hanya menjadi rekaan dunia semata-mata..

adam..
jika benar kau mahu menyuntingku sebagai mawarmu..
suntinglah dengan cara yang dibenarkan syariat agama kita..
bila tiba masa yg diizinkanNya..
ternyata , kau dan aku akan tetap bersama..
mencari syurga cinta di jalan redhaNya :)

daripada :
seorang hawa yang cuba memagari jiwanya seperti seindah mawar berduri :)

nukilan :
9.01pm
13/12/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan