YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 30 Disember 2011

Sahabatku..maafkanku.. :'( (warkah untuk sahabat yang jauh dariku disaat ini..)

Assalamualaikum WBT..
semoga dirimu terus diberkati & diturunkan hidayah olehNya untuk dirimu kembali meraih cintaNya.. 
aaminn..


sahabatku semakin berubah..
dulu dia banyak mengingatkanku tentang menjaga ikhtilat ..
namun kini dia diuji dengan cinta yang tidak halal untuknya..

sahabatku semakin berubah..
dulu dia banyak mengingatku akan cita-cita sebelum cinta..
namun kini dia diuji cinta sementara sebelum dia mengejar cita-citanya..

sahabatku semakin berubah..
dulu sebelum bercinta , kami selalu bersama-sama..
namun kini selepas bercinta , kami ditinggalkan dan dia bersama orang yang dicintainya..

sahabatku semakin berubah..
dulu kami selalu bersama , kemana-mana saja dia , aku , kau dan kamu tetap berempat ..
namun kini itu semua kenangan lama , bila dia ketemui cinta sejatinya..

sahabatku ..
aku bukan memerli.. 
lagi jauh untuk dengki atas kebahagianmu..
dari jauh ku titipkan doa agar si dia yang kamu sayangi itu benar-benar mahu mengambilmu sebagai isteri satu hari nanti..
tapi aku sedih..
kerna kamu semakin jauh berubah..
berubah dari dirimu yang dulu..
penuh ceria ketawa bersama teman-teman kita..
dan kamu semakin jauh dariku , kawanmu yang sentiasa menyayangimu dari jauh..
mungkin sikapku dulu yang terlalu egois & tidak matang untuk memaafkan kesilapanmu..
dan telah memutuskan persahabatan antara kita..
maafkan ku sahabatku..
kerna aku bukan sahabat terbaik untukmu..
tapi janganlah kau ketepikan sahabat-sahabatmu yang lain..
kesian mereka yang masih mengharap perhatianmu walaupun hanya sebentar..

sahabatku..
maafkan segala kesilapanku ini..
kesilapan sebelum aku menerima Nur cinta dari ALLAH SWT..
kini aku kembali untuk mengikat silaturahim denganmu..
bukan niat untuk menjilat kembali kata-kata nista yang kutaburkan dulu untukmu..
tetapi untuk menyayangimu kembali kernaNya..
terimalahku seadanya sahabatku..
kembalilah ke jalan cintaNya..sayangku..

Wassalam..

doa rabitah dariku untukmu:
sahabat yang jauh darimu..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan