YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 30 Disember 2011

seindah usrah di taman firdausi ~

dari jauh ku lihat..


sepasang tudung labuh & jubah menutupi auratnya..
di tangan tergengam tafsir al-quran ..
bersama-sama mengenggam tangan..
menyusur jalan ke rumah ALLAH..

seusai solat berjemaah..
satu bulatan ukhwah terbentuk..
salam diberi , tarufan bermula..
pengisian yg membuka minda..
perbincangan demi perbincangan menarik perhatian..
al-Quran & hadis menjadi rujukan utama..
dan konklusinya disimpul dengan penuh keyakinan..

sesudah penat berbicara..
juadah pembuka selera di hidangkan..
walaupun hanya beralaskan talam..
dikongsi beramai sambil bersuapan..
tak lupa juga bacaan doa makan :)

ya ALLAH..bilakah akan ku rasai semula halawatul iman sebegini lagi?
aku amat rindukan mereka keranaMu..
tatkala membaca doa rabitah..
bayangan wajah mereka sering kali berganti..
diri ini amat merindui usrah & liqa' untuk mengisi kekosongan hati..
semoga diizinkanMu untuk kami berkumpul kembali..
di tempat yg punya 1001 kenangan antara kami.. :')
aaminn..InsyaALLAH.. :)

untuk ukhti2 yg selalu diingati...
UiTM Alor Gajah , Melaka..
Disember 2010 - April 2011 :)
Ukhwahfillah abadan abada :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan