YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 20 Januari 2012

~RINDU yang hanya sementara..~

desir angin menyapa lembut pipi..
mataku memandang langit hitam..
tiada satu pun bintang memperlihatkan diri di situ..
tambahan pula bulan merajuk hingga menyorokkan diri..
hmm..

mengira usiaku tidak lagi panjang..
MATI itu pasti akan mendekati diri ini..
sudah cukupkah amalanku?
sudah cukupkah ku berbakti dengan orang tuaku?
sudah cukupkah aku bersedia untuk bertemu denganMu?

Ya Rabb..
aku lemah..
lemah dengan godaan dunia yang semakin menghayutkanku..
aku semakin alpa , semakin leka dengan keindahan sementara..
aku mengejar yang tak pasti ..
aku mengejar cinta sementara..
tapi itu dulu..
sebelum aku menemui cintaMu..

Ya Rabb..
jika benar si dia yang selalu hadir di mimpiku tiap malam menjadi putera agamaku..
cekalkan hatinya ya ALLAH..
dekatkannya dengan cintaMu dahulu..
berikan semangat padanya untuk terus berjuang di jalanMu..
dan berikan si dia masa untuk menjadi pembimbingku di baitul muslim kami nanti..

Ya Rabb..
jika bukan si dia yang kau tetapkan di Luh Mahfuz..
cekalkan hatiku dengan tetapanMu..
mungkin kau telah tentukan yang lebih baik darinya untukku..
akanku tunggu dia hadir di taman penuh berduri ini..
untuk menyuntingku sebagai suri hatinya..
mendekatkanku ke arah cintaMu..
cinta yang lebih abadi :')

Ya Rabb..
kami hanya hambaMu yg hina ini..
memohon padaMu..
berikan secebis redhaMu untuk kami teruskan kehidupan..
dunia yang semakin menghampiri penghujungnya..
ampunkan kami dengan dosa-dosa kami , Ya ALLAH!!
Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang :')

luahan hati seorang mawar berduri..
11.25pm
20/1/2012 
(==")

Tiada ulasan:

Catat Ulasan