YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 14 Januari 2012

..PERJALANANKU..

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum WBT

bukan mengeluh mahupun menyesal..
mungkin ini yang telah ditetapkanNya..
dulu ku punya banyak cita-cita..
sekarang lain pula jadinya..
semua itu ketentuanNya..

destinasi seterusnya?
berkhidmat untuk masyarakat ..
mungkin rasa jemu saling datang bertamu..
ku tepis rasa iri hati dengan teman-teman sebayaku..
melangkah ke menara gading dan bakal mengenggam ijazah..
sedangkan aku hanya berbekalkan sijil dan memegang instrument dental..
timbul rasa rendah diri bila jalan bergandingan dengan mereka

perjalananku kini masih jauh..
jauh nun ke sana..
sambung belajar? 
dalam hati sudah terniat begitu..
jangkaanku mahu lebih baik dari sekarang..
setaraf dengan teman-teman yang lain.. 
yang bakal mempunyai akademik yang setimpal dengan mereka..
punya gaji besar , rumah besar , kereta besar dan keluarga besar..
asalkan semuanya dalam keredhaan ALLAH SWT..

tanamkan azam..
akan ku cuba sampai akhir nafasku..
untuk ku kecapi cita-citaku yang sebenar..
iaitu menjadi mujahidah untukMu..
jika tidak sempat aku kecapinya di duniaMu..
izinkanku disampingMu di syurga nanti, Ya Rabb.. 

damba kasih & rindu padaMu..
hambaMu yg penuh dosa silam..
ampunkanku dan terimalah taubatku..
Ya ALLAH :')


by:
Hanisah Omar,
Pangsapuri Sri Murni 1 , HSA JB.
14/1/2012.
10.23pm

Wassalam :)

p/s: tibe2 rindu zaman2 sekolah dulu2.. haishh,,,~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan