YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 22 Disember 2013

Menghargai Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

"Dalam kehidupan ini, kita kena menghargai setiap perkara yg berlaku..
Tak semestinya setiap daripada kita melalui perkara yg sama.
Kita perlu terus melangkah agar kita mencari pengalaman yang baru.
Moga ALLAH redha atas segala yang kita lakukan selama ini di dunia pinjamanNya..aaminn :) " - HO

Alhamdulillah.
Masih lagi diberi peluang bernafas di bumiNya. :')
Diberi peluang utk mengubah kekhilafan sementara utk 'pulang' ke pangkuanNya.
Alhamdulillah :')

29.7.13
Mula start kerja as Pem. Pembedahan Pergigian U17 di KP Segamat , Johor.

5 Minit ja dari rumah .. rezeki ALLAH beri..
Senang nak jenguk mak ayah if ade bende2 yg x sangka berlaku.. :)


10.08.13
Acai dan Kak Ana bertunang.

Bakal melansungkan walimahnye pada 5.4.14 (akad nikah) dan 12.4.14 (majlis bertandang).
Moga ALLAH redha.. aaminn.. :)

1.12.13
Majlis Konvokesyen ILKKM di KSKB Sultan Azlan Shah , Ulu Kinta Perak.

Hari terima sijil dengan muke senyum lebar mak dan Ayah.
"Adik dah lunaskan janji adik belajar sungguh2 utk mak dan ayah. Hope mak dan ayah suke :') "

Genggaman sejuk tangan kak Ain masa naik stage..mcm x sangka kite berdua dah grad , kan kak?
Moga dapat berkhidmat sedaya yg mampu utk rakyat.. inshaaALLAH.
Ini salah satu amanah yg Allah beri utk kita..

so far,
dah nak dekat 5 bulan keje.
Alhamdulillah.. mmg ade asam garam kehidupan di sini tapi alah bisa tegal biasa sbb time student dulu dah lalui perkara yg lebih dasyat dari ini..huhu :')
Moga ada ibrah sebalik semua kejadian yg berlaku... :)



sampai di sini sahaja.
jumpa lagi.
Jaga diri , Iman , amal dan Islam..

Wassalam.

Sincerely ,
HO.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan