YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Selasa, 26 Jun 2012

(: Kembali pada redhaNya :)


Langkah demi langkah ,
ku jalani batu bata itu..
di kananku musolla ,
di kiriku tersedia permandangan indah..


Menanti sebutir kasih yang terbina dengan satu bulatan gembira..
terbina dengan untaian tasbih ukhwah kernaNya..


Aku masih lagi melangkah..
mencari sinar ukhwah yang lama menghilang di hamparan waktu..
di hamparan batu itu , aku terus menunggu..
menulis puisi-puisi rindu buat mereka yang di sana..


Ya Allah,
ku sujud padaMu..
agar dia kembali menghulurkan senyuman terindah yang pernah diberikan kepadaku..
di bawah pohon ciptaanMu ini , aku setia menanti..


Alhamdulillah..
doaku dimakbulkan olehMu , ya Rabb..
mereka menerimaku seadanya aku..
mentarbiyahkan imanku yang kian merindui halawatul iman ..


dalam bulatan gembira ini...
kami bersama-sama memerhati kebesaranMu..
sama-sama mencari sinar ukhwah itu..
agar ia bercahaya kembali,,dengan izinMu..
Ya Rabbul izzati ..


Salam ukhwahfillah..Semoga ALLAH redha :)


created by niesaomar :)
UiTM Alor Gajah Melaka..
24/6-25/6
(akhirnya aku kembali..)

Isnin, 25 Jun 2012

UiTM Alor Gajah.. buat sekian lama, 1thn stgh tidak ku kunjungi~

Isnin.
suasana sibuk di pekarangan UiTM Alor Gajah , Melaka.
Ku menyusuri laluan yang pernah ku lalui sebelum ini..


Pintu gerbang , Bank Islam , Coolblog , Tun Fatimah , Jambatan ,Masjid , Laksamana , Tun Hamzah , Masjid , Jambatan , Pintu Gerbang..


Ku lalui sambil mengelamun , namun langkahku laju ke destinasi ..
Untuk berjumpa dengan insan-insan yang sudah lama dirindui..


sempat melapangkan masa untuk menyertai 'bulatan gembira' , terserempak dengan sahabat lama , sempat menulis karya di tepi tasik, sempat bertukar-tukar cerita dan impian dengan sahabat seusrah..
Allah..sangat indah kenangan itu~


2.00pm
seusai solat jemaah bersama teman senama..
ku mohon restu mereka semua sebelum melangkah pergi..
lama berpelukan..nasihat sentiasa diberikan..
dan saat itu airmataku seakan mahu menitis..
lantas aku tersedar..aku bukan budak kecil lagi..


ku susun langkah demi langkah..
hingga ke pintu gerbang besar..
ku pandang sekilas di belakangku..
bilakah akan aku kembali ke sini?
hanya ALLAH yang tahu..


*kenangan semanis kurma yang dikongsi bersama..makan setalam dengan jemput2 hangus..huhu..suapan pertama untuk sahabat menjadi amalan..ALLAH..~


#Ya ALLAH , Engkaulah pemegang hati-hati kami..
hembuskanlah kasih sayangMu dalam hati-hati kami ini , ya Rabb..semoga ukhwah ini bukan sekadar di alam Maya..bahkan biarkanlah ia kekal di alam realiti..untaian kasih cinta bertasbih bukan hanya sekadar nama..semoga ukhwah ini mendapat redhaMu..ya rabbulizzati..sesungguhnya, hanya Engkau Yang Maha Pengasih , lagi Maha Penyayang..aamiin..ya rabbal alamin..~

Sabtu, 23 Jun 2012

~Bangkit selepas tersungkur~


dulu pernah juga disakiti..
pernah juga menyakiti ..

hanya mampu berdiam diri ,
mengimbau kembali kekhilafan dahulu..

beristighfar dalam diam sambil berkata pada diri ,
"betapa jahilnya ku tanpa cahayaMu, Ya Rabb.."

betullah perumpaan hidup ini ibarat roda..
saat ketika di atas kita gembira sentiasa..
saat ketika di bawah hanya mampu bermuram hati sahaja..

namun..
akan ku seimbangkan kehidupan di dunia & di akhirat nanti..
bukan lagi tanpa misi tanpa haluan..
tapi misi mengapai redha ALLAH yg tercinta!!

~InsyaALLAH..~

------------------------------------------------------------------------
#sudah lama tidak berkarya..
secebisan bingkisan kata sebelum ke bumi Melaka.. :)

Isnin, 11 Jun 2012

~Ujian Hidup Yang Tak Pernah Surut ~

Kadang2..
kita rase kita dah cuba nk jaga hati semua org sekeliling kita.. 
tapi.. tetap ade juga yang kurang berpuas hati dengan perilaku kita..
kita pon dok fikir..diam seribu bahasa..

"apa salah aku? asyik aku jep kena jage hati korg.. korg pernah x fikir perasaan aku? 
asyik aku jep kena buat keje nie , korg pernah tak nk tlg aku wat keje nie same2? 
korg selalu buli & marah aku , pernah tak korg nk ajar aku mane yg betul caranya?
korg dok sedap marah2.. suruh tu ..suruh nie.. korg x pernah ke rase ape yg aku rase nie? hah!!? "

sabar..
senang diungkap tapi sukar dilaksanakan..
tetapi dalam situasi ini kite fikirkanlah sedalam2nya..
jangan mudah berkecil hati..
mungkin mereka lakukan begitu supaya kite cekal hadapi masalah yg lebih besar lg berbanding ini..
dan mungkin.. semua ini telah di rencanakan oleh ALLAH..
jadi , anda masih mahu merungut ujian ALLAH ini?

sekarang masanya bukan utk merungut tetapi masa inilah kita tanamkan semangat utk teruskan kehidupan yg akan dtg dgn redha..
berdoalah supaya segala gerak geri kerja yg dilakukan oleh kita itu di bawah redha ALLAH..dan ceriakanlah harimu dengan senyuman + ketawa agar harimu tidak hambar dan muram..

Ingatlah..
mohon doa padaNya :
"ya ALLAH , semoga diperbesarkan semangatku utk mgharungi ujian yg bakal bertandang dan semoga langkah2ku ini dalam keredhaanMu..aaminn :) "
mohon doa agar diperbesarkan iman utk hadapi ujian , bukan memperkecilkan ujian yg sedia ada..

Jadi , senyumlah :)

#mencari segaris senyuman dari wajahmu (^__^)V

Selasa, 5 Jun 2012

Rindu akan Mawar Berduriku..~

♥ Rose VS Daisy ♥

"nah , ini utk awak.." sapanya sambil memberikan ku sekuntum daisy , warna purple yg begitu indah di pandang.

"erm , tak nak lah.. " jawabku , sengaja menjual mahal.

"laa..nape pula nie? bukan awak suke bunge nie ke?" tanyanya kepadaku , hairan.

"dulu ye.. skrg kita suke bunga lain.." jawabku dgn muka sahaja..

"bunga lain? bunga ape?" tanyanya lagi.

"bunga ros merah menyala.. :) " jawabku sambil tersenyum.

"kenapa pilih ros? daisy kan lagi comel , comel macam awak " soalnya lagi , keliru.

" sebab daisy comel saya tinggalkan dia.. sebab saya nk jadi macam ros merah tu.. warnanya memang menarik mata-matanya memandang , tapi bila mereka lihat ade duri , mereka tak berani menyentuhnya.. jadi sekarang saya nak jadi macam mereka.. " jawabku panjang..

"jadi macam mereka? maksudnya ?" soalnya lagi . kurang faham.

"saya nak jadi seperti sekuntum mawar berduri. biar diri saya diselaputi duri agar diri tak semudah disentuh seperti si daisy itu.."

"owh ok.. jadi daisy nie awk x nak la, ye? " soalnya . barangkali hampa mendengar penjelasan itu.

"erm.. awak bagi kat mak awak la.. mesti dia suke.." cadanganku.

"hurm..ok.." jawabnya sambil berlalu pergi.

p/s: saya suka dua2 bunga ini.. tapi yg menarik perhatian saya adalah sekuntum mawar berduri yang mekar di taman Islami.. sebab ia mengajar saya untuk jadi seperti hari ini :)

#rindu kalian , rakan2 usrah di UiTM Alor Gajah Melaka.. :')

Ahad, 3 Jun 2012

Menunggumu :)

Kalau nakkan yang kaya ..dah lama saya cari..
kalau nakkan yang hensem.. dah lama saya usha..

tapi saya nak cari yang boleh bimbing saya ke arah mencari redha ALLAH.. 
yang boleh ajar saya macammana nak jadi solehah..
yang boleh didik saya & jadi Imam solat jemaah kita nanti.. 

dan sebab itu saya tunggu awak persiapkan diri..
dan pada masa itu saya pon saya belajar utk jadi yg terbaik yg saya mampu utk berada di sisi awak nanti..

Semuanya terserah kepadaNya..
Jika ALLAH redha , Ibu Bapa saya izinkan..
InsyaALLAH , jodoh kita takkan kemana :)

#just put trust to ALLAH.. ♥





nota hati <3 :
I'm just can admired you,
because I'm so afraid if you will ignored my feeling..
and I will pray to ALLAH ,
if someday , you will know it by yourself :')

#jika sekarang pendam itu pahit , asalkan akhirnya ia manis :)