YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 28 Mei 2011

untuk si dia yang ku cuba lupakan..

Kamu..
ya , kita pernah bertemu..
suatu ketika dulu..
dimana kau dan aku..
masih tersimpul malu..

Kamu..
kita pernah bertengkar..
berselisih pendapat..
kau sering membuliku ..
dan aku hanya mampu memuncungkan mulutku..

Kamu..
aku tak tahu,
kenapa tatkala sepi bertandang ,
orang yang pertama aku teringat adalah dirimu ,
'Choyy..sape dia utkku?'
sbb aku malu utk mengatakan rindu..

Kamu..
Selalu menegurku di Facebookku..
kadang2 aku suka membalas kata2mu..
kadang2 aku ignored saja..
bila aku tak on9..
kau gelisah sehingga sanggup mesej di handphoneku pula..

Kamu..
dulu aku menganggapmu hanya seorang teman..
takkan lebih dari itu..
tapi mana entah datangnya rasa suka itu..
tiba-tiba terselit di celah hati ini..

Kamu..
mesejmu kadang2 menceriakan hariku..
penuh nasihat , jenaka dan kata-kata rindu..
tapi itu semua dulu ,..
bila aku mula tahu tembelangmu..

Kamu..
kenapa kamu menyembunyinya dariku?
kenapa kamu biar perasaanku hanyut hingga ke Hulu?
kenapa di awal bicara kau tak nyatakan kau mengganggapku sebagai teman riangmu?

Kenapa..kenapa..kenapa?

saat ini..detik ini..
maaf..aku akan buang rasa cintan cintun di hatiku..
kerna aku telah berjumpa cintaku pada yang selayaknya..
pada Pencipta rasa cinta ini..

Maaf jika aku pernah menganggu hidupmu..
Maaf jika aku pernah terlanjur mengatakan rindu..
Maaf jika aku kini akan mendeletemu dari hidupku..
Kerna aku mahu menjadi diriku sebelum mengenali dirimu..

Tuhan..
terima kasih kerna menyedarkanku akan cinta "palsunya",
terima kasih kerna menunjukan aku akan 'penipuannya',
terima kasih kerna kau cemburukan aku kerna memburu cintanya..
terima kasih kerna kau masih menyayangiku..

InsyaALLAH..
selepas ini aku tak bersua lagi denganmu..
akan ku serah hatiku kepada Yang Esa..
kerna aku serik bercinta dengan manusia..
biarlah diri ini hanya untukNya..

..::dari insan yang cuba melupakan dirimu::..
---2.12am---

Rabu, 25 Mei 2011

Zikir PadaMu (part 1)

Deru ombak pecah berderai ,
mengulang pantai datang dan pergi ,
begitu kasih insan di ibaratkan ,
bagai ombak merubah pantai..”


Menitis airmataku tatkala mendengar lagu ini. Terkenang aku pada kisah yang lalu , kisah yang pernah membuatkanku terus berubah menjadi manusia yang baru pada hari ini. Biarlah kisah ini aku abadikan di lembar kertas putih ini.
..................................................................................................................................................


Cinta..
Indahkan jika diri ini dicintai dan mencintai?
wahhh..mestilah la best..hehe :) Aku sungguh megah jika aku dapat mencapai cinta si dia.Cintaku hanya untuknya dan cintanya hanya untukku. Tak sabar-sabar nak jumpa si dia hari ini. Hari ini genap 1 tahun ulangtahun perhubungan kami. Dia janji nk ajak aku keluar tengok wayang. Ngee..tak sabarnya..Semalam, 

"Abang.. ari esok nak pakai baju warna apa? erm.. pink nak?" kataku pada si dia..
"ikut suka ayang la..abang ikut jep..tapi abang ada suprise taw.." ujarnya sambil memandangku.redup pandangannya.
"rahsia? wahhh tak sabar plak nk dgr rahsia abg tu. Cerita la sekarang.." , rengekku manja.
"erm..tunggu esok ye sayang..erm..jom balik..dah lewat ini..nanti lambat masuk , kena tahan ngan pak guard pulak.." sambil memengang erat tanganku.
"ok..janji taw..sayang abang.. :)" dan terus melangkah pergi dari kawasan pantai.

keesokkan harinya ,
bersiap mengalahkan artis , aku melangkah riang ke keretanya. Abang Syam menyambutku dengan senyuman yang manis. semanis gula2 hacks.

"Ya..HANYA AKU CINTA KAMU SEORANG , abang Syam :) " monolog hatiku.
"Untuk ayang..terimalah hadiah abang yg tak seberapa ni.." ujar abang Syam sambil memberi setangkai bunga ros. 
"wahhh..so sweet..thanks abang..sayang abang sangat-sangat.."ujarku sambil memaut lengannya.

Abang Syam memandangku sayu..
"maafkanku sayang..aku terpaksa melukakan hatimu.. Ya ALLAH..berikan la kekuatan padaku ini..", monolog hati abg Syam..

"Abang , kata nak bgtahu something kat ayang hari ini? apa dia? " jantungku mula berdegup laju.Melihat raut mukanya seperti memendam sesuatu.

"Apa yang abang nak cakap nie..harap ayang tabah yup..Abang sayang ayang sangat2..kalo boleh abang tak berpisah ngan ayang tapi.." belum sempat dia menyambungkan ayat , aku mencelah..

"Kenapa ini bang? Why so serius? Abang..jangan la macam nie..wat ayang takut..abang...~" aku mula mahu menitiskan air mata.

"Abang..abang terpaksa tinggalkan ayang..ibu dah meminang anak kawannya..insyaALLAH abis sem nie abang bernikah.."

"what?? abang..abang dah janji nak kahwin dengan ayangkan..nape abang sanggup bertunang dengan si dia? abang..kenapa abang mudah tinggalkan nina mcm nie? nape bang?? apa salah nina?" ujarku sambil menangis tersedu sedan.

"Abang taw abang salah..maafkan abang..syarikat ibu tgah problem..sebab tu ibu suruh abg bertunang dengan kawannya tu..supaya dapat bantu pulihkan syarikat ibu..Abang pon tak sanggup tinggalkan ayang..tapi..syarikat ibu lagi penting dari cinta kita ini..Abang tak mahu kehilangan syarikat yang arwah papa usahakan.. Arwah papa banyak mengeluarkan keringat untuk lihat syarikat nie berjaya di persada dunia. Takkan abang nk biarkan ibu mcm tu..Nina..tolong faham keadaan abang sekarang, “ terangnya padaku.

“Kiranya syarikat ibu lebih penting dari ayang lah..ayang sedar bang..ayang baru jep kenal abang tahun lepas. Abang dah hidup bersama ibu dah 20 tahun.Ayang sedar ayang tak layak memaksa abang untuk tinggalkan syarikat ibu demi cinta kita. Jika ini kata putus dari abang, Nina redha. Terima kasih sebab pernah menyerikan hari-hari Nina. Terima kasih kerna hati ini telah kau lukai..Assalamualaikum..” ujarku sambil melangkah pergi..

“Nina sayang..maafkan abang..maafkan abang..biarlah abang hantar Nina pulang ke kolej sekarang..jom..” sambil tangannya cuba memaut lenganku..

“Tak payah, terima kasih saja..Nina boleh balik sendiri..Pergi la pulang ke pangkuan Ibu..Syurga abang dibawa tapak kakinya..Nina doakan abang bahagia di samping keluarga dan si dia..Aaaminn..” kata-kataku tegas dan akhirnya dia akur dengan pendirianku..

Aku pasrah atas segalanya.
_________________________________________________________________________________

“Dialah permata yang dicari,
  Selama ini, baru ku temui,
  Tapiku tak pasti rencana ilahi,
  Adakah dia kan ku miliki..” 

Minggu itu aku seperti tak semangat untuk fokus pada pelajaran. Rakan sebilikku hairan kerna selalunya aku seorang yang ceria dan suka menceriakan suasana , tapi kini aku asyik bermuram durjana. Sehinggalah satu hari itu aku di soal oleh KaK Jenab .

“Nina , akak tengok kamu nie , semenjak dua menjak tiga menjak nie asyik muram jep,,kenapa?”, kak Jenab memulakan bicara .

“Erm..akak ingat tak yang niesa cerita pasal Abang Syam? He already got fiancĂ© and akan kahwin pas abis sem nie..hurm.. “ , kataku hambar.

“Owh..ingat..oh I see ..sabar ye dik..bukan jodoh kamu dengannya. Biarlah kita tak bercinta sekarang , dik. Akak takut nanti kamu tak boleh focus study. Nie akak tgok asyik layan-layan lagu  jiwang  jep . Moh ikut akak gi masjid , boleh join usrah.” Pelawa Kak Jenab.

“Erm..insyaALLAH kak. Tak berani janji , sebab kadang2 takut clash time nk gi kelas.”jawabku.

“Try it first , then you will know the result. Manalah taw boleh merawat penyakit hati kamu tu. Esok pukul 9 malam , kat masjid. Akak tunggu taw.” Kata kak Jenab sambil berlalu pulang ke biliknya.

“erm..InsyaALLAH..”, hanya tu yang mampu ku jawab.

“Usrah..? apabenda tu? Yang selalu aku dengar ceramah yang ade kat masjid tu.Hurm..apa kata aku try test tgok. Mane taw boleh wat aku lupa peristiwa lalu..” , monolog hatiku..
....................................................................................................................................................
Keesokkannya..

Aku melangkah berat untuk ke masjid. Dihati ini sungguh berat mahu berubah. Yalah, mesti mereka tak terima diri ini , seorang yang memakai tudung singkat , baju ketat , cakap ntah apa-apa , ada ke orang nak berkawan dengan diriku ini? Aku tak setaraf mereka. Mereka baik , mereka alim dan mereka dipandang mulia berbanding diriku yang dipandang hina. Hatiku berbolak balik. Sedar tak sedar kaki ini sudah berada di pekarangan masjid.

“Nak masuk ke tak, nak masuk ke tak, nak masuk ke tak? Kalo aku masuk aku dapat ape? Kalo aku keluar , boring plak dok bilik sorang2..hurm..” Monolog hatiku.

“Erm..Assalamualaikum, Kak. Nak tumpang tanya , Usrah IMAN kat mane ek?”suara halus yang keluar dari gadis bertudung labuh berwarna peach.

“Erk..Walaikumussalam..erm..saya pon tak taw .Part 1 ek?” soalku padanya.

“Haah..part 1..same ker? Sorry terpanggil awak kakak pulak..” ujarnya serba salah.

“Erm ..x per..selalu mcm nie..erm..” kataku hambar..

“Mana lah kak Jenab nie? Kata tunggu kt masjid , dari tadi tak nampak batang hidung pon.Haihh..kang aku balik bilik kang..”, gumamku dalam hati.

“Erm.. akak..eh..eh..awk..jom kita masuk.. saya ada nampak mereka di tempat solat muslimat. Jom pergi sama2..” pelawa si gadis bertudung labuh itu. Aku seperti terpukau, mengikut saja langkahnya yang meniti tangga-tangga masjid.

Usrah pertamaku.

Kami disuruh duduk dalam bentuk bulatan. Aku melihat sekeliling. Seperti dijangka, mereka yang menyertai usrah hanya mereka-mereka yang bertudung labuh. Aku? Bertudung singkat. Malunya.Di sebelah kananku adalah Kak Jenab dan di sebelah kiriku adalah gadis bertudung labuh yang menegurku sebentar tadi. Sesi taaruf bermula dan seorang demi seorang memperkenalkan diri. Giliran ku hampir tiba.Rupanya nama si gadis bertudung labuh ni sama seperti namaku , SHANINA. Cuma dia mempunyai Nur di hadapan. Jadi namanya NUR SHANINA. Tiba pula giliranku,

“Assalamualaikum , nama diberi Shanina , tp boleh panggil Nina. Asal dari Johor. Anak last dari lima adik beradik.baru part 1 , broadcasting in Islamic Ways,” ujarku gugup.

“Eh , nama kita nk dekat sama laa.. hiiii  , “ujar ujar si gadis tudung labuh itu.

Aku hanya mampu memandangnya. Tak senyum pon. Jahatkan aku? Sebab sebelum ini aku agak anti gadis2 bertudung labuh. Bagiku mereka agak kolot dengan gaya pemakaian mereka . Longgar sana , longgar sini , tak up to date langsung! Huh!

Sesi usrah diteruskan dengan ucapan dari amir biro tarbiyyah , Akhi Akhim . Ya ALLAH..tak sangka,,ingatkan dia nie tua beberapa tahun dari aku..rupa-rupanya sama umur , cuma senior part 2  dan sama pula course dengan aku. Hurm..not bad la cara dia menyampaikan usrah.

Mata nakalku menatap satu persatu muslimin yang hadir pada malam itu. Tiba-tiba hati terpaut pada suatu wajah jernih yang mungkin dibasahi dengan wudhu’..bibir bersih tanpa secalit hitam yang mungkin dia tidak menghisap rokok..

“siapakah dia? Mengapa time memperkenalkan dirinya aku tak perasan? Haishhhh...” gumamku.

“ukhti Nina , ada apa-apa mahu tambah dalam slot tarbiyyah ini? “ soal akhi Akhim.

“erk..tak da apa-apa..teruskan..teruskan” ujarku..haihhh..macam taw2 je Akhim nie yang aku tak fokus apa yang di hujahkan tadi. Siap kena soal plak tu..malu..malu..

Si gadis tudung labuh sebelahku tersenyum simpul.

“Eh minah nie..senyum2 plak ,,smackdown kang..grrrr” marahku dalam hati..

“Asiff , ukhti Nina . Kite tak sengaja senyum..sorry..” pohonnya utk kemaafan dariku.

“Hurm..tak pape lah..” jelingku..

“Nina, fokus..tgh dalam usrahkan..” , tegur kak Jenab bila dia lihat aku seperti tak senang duduk.

Aku bungkam. Nak balik bilik...!!

Selepas 2 jam , usrah pon melabuhkan tirainya. Si gadis tudung labuh tu mencuit bahuku..

“Asiff pasal tdi. Tak terniat watkan awak tersinggung. Hurm .. “ memohon maaf padaku..

“awak ni dari tdi asiff , asiff..apebende tu? Saya tak faham laa..” terangku jujur.

“owh..sorry2..ingatkan awak tahu..asiff tu maksudnya maaf , dari perkataan arab. Maaf yup..” terangnya padaku.

“Erm..dah la ..nak balik bilik..Assalamualaikum..” ucapku sambil berlalu pergi.

Si gadis tudung labuh terpinga-pinga.

“Salahkah aku? Hurm..tak pe laa..husnuzhon2  “ Ujar Nur dalam hati.
__________________________________________________________________________________
Di bilikku,

“haisshh..asal la minah tudung labuh tu suka dekat2 aku?aku mana sesuai kawan ngan dia? dia nampak alim ..sedangkan aku nie selalu wat dosa.. Solat pon jarang buat ..eh eh nape tibe2 aku fikir pasal dia pulak?? Haihh..buang masa aku..baik aku fikir pasal akhi tadi. Sapa ea namanya? Dah la hensem.. baik pulak tu.. haihh..tak tido malam la aku kali ini..” gumam Nina sambil tersengih-sengih..

“oit, ape sengih2 malam2 buta nie..dah2 tutup lampu..aku nk tido “ sound roommate ku..

“jeleslah tu aku bleh sengih2 malam2 buta, dia x bleh.. :P “ gumamku dalam hati.
Good Night.
_______________________________________________________________



“Haihhh..apasal lah lappy nie wat hal? Time2 nie ko ngade2 nak main on off on off plak. Aku banyak nak guna ko nie. Wahai Mr. L , please don’t make angry now!! Grrrr..!!” omelku perlahan apabila geram pada laptop kesayanganku.

“Assalamualaikum..asifah , boleh akhi bantu?, tegur sesorang dari belakangku.

“Eh, sape plak kaco aku tgh bad mood nie? Gi main jauh2 laa...!!” , gumamku dalam hati sebelum memandang ke belakang. Terpegun aku di situ.

“Eh, akhi semalam laa. Dia tegur aku ker? Ke dia tegur budak lelaki yang duduk sebelah meja aku nie? Erm..ignored je la.”

“Assalamualaikum , asifah . Akhi lihat anti ada masalah jep. Boleh akhi tolong?” , ujarnya yang kini di hadapanku sambil tertunduk memandang meja.

“Erk, Walaikumussalam. Maaf tadi tak jawab salam. Saya ingatkan akhi ckp dengan budak tu..” sambil jari menunjuk ke arah budak lelaki di sebelah mejaku.

“Erm , actually saya muda lagi dan tak payahlah panggil saya aunty , ok..” tambahku lagi.

“Er..maafkan ana , ana ingatkan anti ..er..kamu faham bahasa arab tadi. Boleh ana lihat laptop kamu? “ sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil laptopku untuk menyegerakan urusan tapi matanya masih menunduk ke bawah.

“Erm..nah..saya tak taw la nape dgn lappy nie. Dari tdi on pastu dia off sendiri..dah la jap agi nak hantar assignment. Lecturer sengal tu nak hari ini pulak.Mende ntah org tua tu Hari tu cakap submit next week. Dah nyayuk agaknya..Haaihhh..” bebelku tanpa sedar yang aku sedang bercakap dengan lelaki yang baru aku kenali itu.

“Erm..ana nak tegur sikit kata-kata kamu tadi , tak baik kita kata macam tu. Ini adalah cabaran hidup kita sebagai seorang pelajar dan juga khalifah di muka bumi ALLAH. Setiap kesusahan yang ALLAH rencanakan mungkin ada hikmah  kesenangan di kemudian harinya. Lagi satu , tak baik kita  memburuk-buruk orang yang mengajar kita ilmu ALLAH di dunia ini. Dia adalah seorang pensyarah dan kita patut menghormatinya. Takut nanti kurang barakahNya jika mengata yang bukan-bukan terhadap orang yang ikhlas mengajar kita . Peringatan untuk kamu dan juga diri ana sendiri. Erm..ana rasa , laptop kamu nie perlu hantar ke kedai Black Cube yang terletak berdekatan dengan koperasi . Asifah , problemnya diluar kawalan ana.Asifah , ana mohon diri dulu. Barokallahu fiki , Aaminn “ , katanya sebelum pergi.

Aku bungkam. Lidahku kelu untuk membidas kata-kata. Sehingga terlupa mengucapkan terima kasih.

“Adessh,.makan dalam punya ayat nie..haishh..malu aku.,,” gumamku dalam hati.

Habis sahaja kelas pada hari itu , Nina terus pergi ke Black Cube .

“Haihhh..abislah kopak aku bulan nieyh..erm..”

--- Ini adalah cabaran hidup kita sebagai seorang pelajar dan juga khalifah di muka bumi ALLAH. Setiap kesusahan yang ALLAH rencanakan mungkin ada hikmah  kesenangan di kemudian harinya “ ---

Terngiang kembali kata-kata akhi . Entah mengapa kata-kata menyuntik hati Nina yang selama ini kosong .

“Choyhhh...takkan aku minat dia  plak? Hahaha.. mana la padan budak alim mcm dia ngan aku. Akukan jahat. Hehe..” omelku dalam hati sambil tersengih-sengih sambil kaki melangkah ke pasar malam yang sering diadakan pada petang selasa dan khamis.

“Erm..hari nie menu kita adalah.. NASI KERABU.. again?? No no no .. try NASI GORENG AYAM BEREMPAH la..hehe” omelku sambil melangkah kaki ke gerai yang menjual nasi goring tersebut.

“Alamak , tinggal satu tu..cepat!! Nanti kempunan plak..” ujarku.

“Eh..chop!! tu saya punya lah..saya dah chop..!! “, tempikku pada budak lelaki yang mengapai bungkusan terakhir .

“Apehal pulak!! Aku yang jumpa dulu!! Ko yang lambat, dah la. Gi cari makanan lain.Akak kira nie..” balas mamat kurang asam boi.

“Jahat giler..tak pe tak pe , hari nie hari ko. Tunggu je la hari khamis , nasi goreng tu aku punya..” kataku berbaur amarah dan kecewa.

“Ukhti Sharina...” sapa sesorang .

“Haishh...sape plak kaco aku lagi?? Aku dah la bengang tak dapat beli nasi goreng nie..argghhh!! “ kataku sambil menoleh ke belakang. Si gadis tudung labuh itu lagi!

“Eh..ko lagi..serabut la aku tgok ko!! Dah dah gi main jejauh..!! “ marahku padanya.

“Erm..asif..nah..tak payah bayar yup..ana belanja..ana pergi dulu , Assalamualaikum..”ujarnya lembut sambil menghulurkan bungkusan nasi goreng kegemaranku itu.

Aku tergamam.

“Asallah minah ni baik sangat? Tak lapar ke dia? Ahh..orang dah belanje..ape lagi ..bedallah.. hehehe..” gumamku sambil melangkah pergi ke gerai air limau asam boi kegemaranku.

Tanpa disedari , pergerakanku diperhati dari jauh oleh seseorang.


__________________________________________________________________



Sampai saja di bilik , aku terus menukar pakaian yang lebih selesa dan bersiap-siap untuk makan . Tiba-tiba ..

“Tok, tok , tok..Assalamualaikum..” bilikku diketuk oleh seseorang dari luar.

“Haish..sape plak nie..kacau aku nak makan. Lapar giler nie..heisyhh..” bebelku sambil melangkah ke arah pintu.

“Walaikumussalam..eh ..kak Jenab..ada ape ni kak?”, tanyaku pada kak Jenab.

“Nie ha..saje dtg melawat. Tgh makan ker? Nak join boleh? Tapi akak bawak member nie..boleh tak?” , pinta kak Jenab.

“Erk..hurm..boleh..” , kataku dan membiarkan kak Jenab dan sahabatnya masuk ke bilikku.

“Erk..minah tudung labuh nie lagi..” omelku dalam hati.

“Assalamualaikum..syukran ya ukhti sebab izikan kami makan di sini “, ujarnya lembut.

“Hurm..nampaknya jap agi nk maghrib. Kita solat magrib sama-sama dulu la kat sini. Pastu kita makan sama-sama ok? Nina , ok tak? Akak menyusahkan kamu ker?, tanya kak Jenab kepadaku.

“Erk..tak de lah. Akak , saya tak bleh solat nie. Akak dgn dia je la solat. Saya tunggu jep kat sini”, ujarku sambil berbohong. “Ahh..bukannya dorg tau pon..hehe :P “ kataku dalam hati.

“Erm..ok2. Nur , jom kita ambik wudu’ . Kamu bawa kan telekung kamu? , tanya kak Jenab pada Nur , gadis bertudung labuh.

“Asifah , ukhti. Terlupa nak bawa..macam mana nie? Erm..” Ujarnya lembut.

“Aiseyyhh..macam mane nie..hurm..Nina..pinjamkan telekung kamu kejap.,”arah kak Jenab.
“Erm..telekung saya dah hantar dobi. Akak pinjam la orang kt bilik depan. Manelah tahu ade..,” bohongku lagi , padahal aku memang tak membawa telekung.Orang jahat yang malas nak solat , kan.

“Owh..ok. Kejap yup , Nur. Kamu pergi dulu ke bilik air. Kejap lagi akak menyusul. Nak gi jenguk bilik depan kejap..”, ujar kak Jenab pada Nur.

“Erm..tak pe la kak. Kalau tak ada , saya solat macam nie jep , “ ujarnya lembut sambil memperbetulkan tudung labuhnya dengan baju t-shirt muslimahnya.

“Eh , bolehker pakai macam tu? Bukan patutnya pakai telekung?” soalku dalam hati .

“Erm..tak pe Nur . Akak cari dulu , ok..Kamu pergi dulu , jap agi akak sampai , Nina , tolong akak kemas-kemas sikit nie. Jap agi kita makan sama-sama ok? , arah kak Jenab kepadaku.

“Hurm , yelah ye lah..” Balasku.

“Haih..apsal lah korg nie dtg time aku nak makan. Haishh. “ , gumamku dalam hati.
Selepas beberapa minit , mereka kembali semula dan menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Kak Jenab menjadi imamnya. Secara tiba-tiba hatiku terdetik.

“Hurm..dah lama aku tak solat. Best plak tgok dorg solat sama-sama.hurm..” monolog hatiku.

“Assalamualaikum warahmatullah..Assalamualaikum warahmatullah..” suara kak Jenab yang membuatkan aku tersedar dari lamunan.

Tiba-tiba aku terpegun melihat mereka tatkala mendengar mereka membaca doa sambil menitiskan air mata.

“Ya ALLAH..bersungguh-sungguh mereka menyerahkan diri mereka kepadaMu sedangkan diriku masih lagi terlena dan hanyut dengan syurga duniawiMu .Jahatnya aku, bila lah agaknya aku akan berubah ? Hurm..,” desis hatiku sambil merintih kerisauan.

“Alhamdulillah..dah selesai pon solat kita , Nur. Jom kita makan pula . Nini , Jom makan tapi sebelum tu tolong akak amikkan air mineral kat bilik akak , boleh? “ , pinta kak Jenab.

“Hah?..owh..ok2..” Jawabku gelabah kerna termenung sebentar tadi.

“Terima kasih , adikku Nina yang manis .” usik kak Jenab . Aku hanya tersenyum dan melangkah pergi ke bilik sebelah.

“Kak Jenab , boleh ke kita ubah si Nina tu?, Nur tengok macam susah jep , kak. “ ujar Nur kepada Kak Jenab.

“Nur , InsyaALLAH. Akak yakin kita boleh membimbing Nina ke jalan yang diredhaiNya. Sebab dia punya potensi untuk berubah. Memang sukar sikit kita nak ubah dia . Ingat tak masa kita taddabur hari tu , Allah berfirman , mafhumnya;
 
" Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) ALLAH , nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..."
(Surah Muhammad , Ayat 7 )

Susah tu mmg ada sebab itulah cabaran kita untuk menjadi dai’e di muka bumi ALLAH tapi InsyaALLAH , akak yakin dengan ALLAH yang satu hari nanti dia akan berubah. Put trust to ALLAH , ya ukhti.Kita sama-sama doakan dia berubah kepada ALLAH dan bukan berubah sebab manusia , aaminn. InsyaALLAH” terang kak Jenab.

Nur hanya mampu mengukir senyuman dan mendoakan Nina akan berubah satu hari nanti dan bolehlah dia bersahabat baik dengan Nina.

“Put trust to ALLAH. InsyaALLAH , kak! “ ujar Nur.

“Kak Jenab , ni air mineralnya. Jom la makan kak! Lapar ni..” sapaku sambil mengosok-gosok perut yang kelaparan.

“Hehe..jom-jom! Akak dengan Nur pun lapar juga. Moh duduk sini Nina,,” ujarnya sambil menepuk-nepuk tempat yang berada di sebelahnya. Nur hanya tersenyum melihat gelagatku yang seakan kanak-kanak kecil yang perlukan perhatian.

Makan malam hari itu dimulakan dengan bacaan bismillah dan doa makan yang dibacakan oleh Nur. Selepas itu , suapan pertama Kak Jenab pergi ke mulutku dan mulut Nur. Terkejut pula aku , first time makan suap-suap. Dulu – dulu adalah aku disuapkan arwah mak tapi itu dulu.Tiba-tiba teringat arwah mak.

“Mak, adik rindu mak. Semoga mak tenang kat sana , ek. Adik sayang mak..” rintihan hatiku.

“Nina , nape monyok jep? Tak baik sedih depan rezeki. Lepas makan nie , teman akak dengan Nur pergi dengar usrah lagi malam ni , ye.”pelawa kak Jenab sekali lagi.

“Hurm..tak de pape kak. Ok je nie. Usrah? Hurm , insyaALLAH. “ Kataku riang .

“Hehe..peluang ni, mane lah tahu dapat jumpa Akhi tu lagi..hehe “ desis hatiku riang kerna niatku ke sana hanya mahu melihat wajah lelaki yang sudah mula aku minati tu.

Kak Jenab dan Nur memandang antara satu sama lain. Pelik dengan sikapku kali ini.


________________________________________________________________________




Wing Muslimat di Masjid. Terdapat beberapa pelajar berkumpul untuk mengikuti usrah yang diadakan setiap hari selepas Isyak. Kali ini naqibnya adalah akhi yang aku minati tu.

“Wahh.!! Tak sia-sia aku datang hari ini, hehe.. dah la pakai baju sama colour ngan aku plak tu. Ada jodoh ni..” bisikan nuraniku.

“Haaa..sengih sorang2 pula budak kecik nie..dah2..sekarang fokus!! Kejap lagi usrah nak mula” , tegur Kak Jenab sambil mencubit pehaku.

“Aduh..sakitlah kak..jeles la tu..”, ujarku sambil memuncungkan mulut.

Nur hanya tersenyum simpul dan mula membuka buku notanya.

Seperti biasa , sesi taaruf bermula dan akhirnya aku tahu nama akhi tu. Akhi Furqan ,part 4 in course Art & Designs in Islamic Ways.Mesti dia pandai amik edit gambar nie.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Kita mulakan usrah kita dengan bacaan ummul kitab , Al-Fatihah” , bicara akhi Furqan untuk memulakan majlis.

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerna ramai rakan-rakan hadir ke usrah IMAN kali ini. InsyaAllah kali ini ana akan menyentuh pula tentang perkara yang bagi kita satu kebiasaan yang berlaku disekeliling kita iaitu IKHTILAT . Sebelum itu , izinkan ana berkongsi dengan enta sekalian dengan info dan pendapat dari Akhi Hilal Asyraf. Enta boleh rujuk di kertas yang baru sahaja ana sebarkan tadi " ujarnya.

Masing-masing melihat kertas yang baru diedarkan oleh Akhi Furqan. Mereka membacanya dengan penuh khusyuk dan tawaduk.
__________________________________________________________________________________

Ikhtilat. Maksudnya percampuran. Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.
Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:
“ salam..bro.Asyraf..ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah ke?m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”
Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni, untuk membicarakan hal yang diatanyakan ini di dalam satu post khas. Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya.
Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya.
Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.

ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”
Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini. Mari kita perhatikan terlebih dahulu, bagaimanakah ALLAH menitik beratkan pergaulan lelaki dan perempuan ini.
Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu. Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah.
Mari kita selak Surah An-Nur. Lihat, apa yang ALLAH SWT firmankan di awal surah itu:

“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” Surah An-Nur ayat 1.


Lihat ayat seterusnya:

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman”
 Surah An-Nur ayat 2.

Pada ayat kedua, terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina. Tanpa ada mukaddimah yang panjang, tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina, ALLAH terus menarik perhatian manusia dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan, betapa penting dan besarnya permasalahan zina ini.
“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.
“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”
Hu hu… Pandainya. Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu? Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.

Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:
“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.

 Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.

Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 32, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…”Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan. Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu, di penghujungnya ALLAH menyatakan: “ Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kalau dilihat dalam bahasa arab, ‘apa yang mereka kerjakan itu’ ALLAH telah gunakan perkataan ma yasna’uun bukannya ma yaf’aluun(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, maknanya akan kelihatan sama. Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)
Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.
Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Sebab itu, kalau anda perasaan, perkataan ‘kilang’ dalam bahasa arab adalah ‘sina’ah’. Kenapa perkataan ‘kilang’ diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab? Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara itu berdikit-dikit, terancang. Macam kilang buat kereta, bukannya kereta itu terus menjadi kereta. Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang. Bahagian pasang tingkap, bahagian pasang wayar, bahagian pasang tayar dan sebagainya. Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses, yang akhirnya di penghujung, menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu. Begitulah maksud yasna’uun. Perbuatan berdikit-dikit, terancang, satu demi satu, hingga mencapai matlamat.
Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.
Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31. Apakah yang kita perasan? ALLAH telah menyebut lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan bukan? Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki terlebih dahulu, barulah kepada perempuan bukan? Apakah maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat ini?
ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.
Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut:“ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?
Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.
“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”
Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya layan. Saya bagi pandangan saya.
Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?
Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?
Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.
Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?
Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?
Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.
Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?
Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu. Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.

Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”

Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.
Syaitan tak akan kata kepada kita: “ Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”
Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhrinya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.
Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”
Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?

ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat emnolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22.

Lihat, syaitan yang menghasut akan meninggalkan kita.
Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?
Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?
Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?
Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari nanti?
“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?
ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak 
pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?
Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.
“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”
“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”
Ya kah? Begitukah caranya menegur?
Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.
Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?
Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”
Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”
Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?
Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?
Da’ie jenis apakah kamu?
Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.
Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?
Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?
Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?
“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”
Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi berperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?
Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.
Sama-sama kita muhasabah. Muhasabah berkenaan ikhtilat. Dan muhasabah bagaiamana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat.
 _________________________________________________________________________________

“Hurm..apa pendapat enta sekalian tentang isu ini. Jangan malu-malu utarakan pendapat. Adakah enta semua bersetuju dengan pendapat Akhi Hilal Asyraf berkenaan isu ini?” tanya Akhi Furqan sambil menunggu maklum balas dari mereka semua.

“Ana bersetuju dengan pendapat Akhi Hilal Asyraf , tapi ana musyikil la. Bagaimana jika kita memang tak berhubung secara empat mata tapi berhubung melalui SMS , Chatting di Facebook , YM dan sewaktu dengannya. Pendapat akhi macam mana pula? “,  tanya Akhi Zamni , amir biro ekonomi IMAN.

Aku tak sabar-sabar menunggu bicara seterusnya dari akhi Furqan. Bagiku , pertanyaan tadi turut membelenggu jiwaku pasal isu ikhtilat ini.

“Sahabat,sedarkah kita ketika sedang asyik sendiri berchatting atau email-emailan dengan “si dia” di hadapan layar dunia maya, sejatinya kita sedang menjalin hubungan “berduaan” dengan komunikan kita. Hanya anda dan dia yang tahu. Memang ini secara jelas terpisah dan mungkin tidak seekstrim “itu”. Tapi setidaknya, waspada gejolak hati yang bermain. Yang menjadi controller adalah kita sendiri. Jadi, ketika keimanan dalam diri seseorang meredup, maka hal apa yang menjamin tidak ada apa-apa di antara keduanya?” tanyanya pada kami.

“Muroqobatullah (Merasakan pengawasan langsung dari Allah Azza wa Jalla) menjadi sebuah kenescayaan yang perlu selalu dipelihara setiap dari kita. Ingatlah, Sahabat, bahawa Allah selalu bersama kita dimana pun kita berada. Dia mengetahui setiap lintasan pikiran, setiap lirikan mata, dan setiap goresan rasa di hati kita. Jangan sampai Allah mendapati kita sedang bermaksiat dengan segala nikmat yang kita terima dariNya. Kecil atau besar, semuanya bukanlah perkara gratis tanpa pertanggungjawaban.

Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan guna menghindari ikhtilat elektronik ini. Berikut ini adalah tips yang boleh enta lakukan – semoga bermanfaat.


· Pelihara rasa Muroqobatullah (dalam pengawasan Allah) setiap saat
· Hindari menceritakan perasaan atau urusan pribadi berduaan dengan komunikan non muhrim, terutama saat sedang menggunakan fasiliti chatting
· Hiraukan dan atau alihkan pembicaraan dan atau stop saja pembicaraan yang menjurus ke arah peribadi saat chatting dengan lawan jenis non muhrim. Disukai dengan cara yang sopan.
· Pelihara tahfizh Qur’an (hafalan Al-Qur’an) enta agar tidak mudah terbuai oleh ayat-ayat cinta selain ayat-ayat cintaNya yang sangat mungkin enta temui di dunia maya ini.
· Jika enta memiliki facebook atau multiply atau blogspot, dsb, undanglah senior atau murobbi atau orang yang enta segani kerana ilmu dan keimanannya, untuk bergabung dan berkunjung sehingga mereka dapat menasihati dan mengoreksi kekeliruan kita.
· Jika enta memiliki frindster atau multiply atau blogspot, dsb, undang juga adik kelas atau mad’u enta untuk berkunjung dan bergabung agar enta dapat merasa lebih hati-hati dan terjaga dalam memelihara keteladanan bagi mereka.
· Kalaupun enta memang sedang mencari pasangan hidup di dunia maya ini, ya… terserah saja … yang jelas, tidak semua info tentang “si dia” yang enta dapatkan di sini dapat dipercaya. Ini adalah dunia penuh tipu. Saran ana, gunakan cara yang lebih berkah agar kehidupan rumah tangga enta nantinya dapat penuh barakah selamanya dalam redhaNya
· Manfaatkan benar kemudahan berkomunikasi saat ini untuk hal yang benar-benar bermanfaat “ sambungnya dengan jelas panjang untuk menjawab persoalan akhi Zamni tadi.

Semuanya terdiam dan memikirkan secara mendalam apa yang dikatakan oleh akhi Furqan tadi.

“Asif..Izinkan ana menyambung sedikit pasal isu ikhtilat tadi. Ana cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnyapara muslimah, insyaAllah.”, sapa Nur secara lembut membuatkan semua mula mengalihkan pandangan kepadanya.Termasuk aku.

“Amma ba’d:Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklahdiharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya
adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntut ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan. Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam , iaitu :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika
tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka 
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat".(30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,”(31)
Surah An-Nur

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :

“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,”(31)
Surah An Nuur : 31 ,”  ujar Nur panjang sebelum menghelah nafas untuk menyambung kembali .

 “Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah. Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. “ (59)

Surah Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)
Surah Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)
Surah An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)
Surah Al Qashah :25

iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.


iv. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

v. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

vi. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah. Wallahu Ta’ala A’lam “  ujar Nur panjang lebar.

“Syukran ya ukhti Nur dengan pengkongsian tadiBarokallahu fiki , ya ukhti. Erm..ada sesiapa lagi mahu menambah atau bertanya apa-apa?” tanya akhi Furqan kepada kami.

Aku hanya mampu menundukkan pandanganku sambil memikirkan apa yang Nur cakap tadi.

“Haishh..selama ni aku tak jaga pun pergaulan aku. Main larung saja. Tepuk tampar tu dah biasa. Pegang-pegang tu pun biasa jugalah tapi tak de la sampai ke arah zina. Giler weyh..mati aku kena bedal dengan bapak aku yang garang tu,” gumamku dalam hati.

“Ya ukhti Nina , seperti anti mahu mengutarakan sesuatu?” tanya akhi Furqan kepadaku.

“Erk? Eh..tak da tak da..Saya tak tahu nak cakap apa-apa ..” , ujarku secara jujur.

“Haishh..kena soal pulak dengan dia. Hari tu kena dengan Akhim. Haihh..nasib-nasib..”omelku di dalam hati.

“Nampaknya ana lihat semua dah letih dengar ana bercoloteh. Mesti ada yang risau dengan assignment yang tak siap tu, kan? Hehe..baiklah , di sini ana konklusikan tentang isu bahawa kita perlu TEPUK DADA TANYA IMAN..syaitan sangat bijak..mudah sahaja syaitan nak menyesatkan kita..perkara2 seperti inilah salah satu cara syaitan menyesatkan kita..bodohnya kita!!! kita jangan terperanjat..kita juga termasuk dalam perangkat syaitan..jangan hairan nanti bila mana suatu saat  berlakunya keruntuhan moral n akhlak yg sangat2 teruk pd golongan muda disebabkan bab-bab ikhtilat ini..Jadi apa peranan kita????

Ayuh pemuda!! bangkitlah…Islam memerlukan INSAN MUJAHID BERJIWA HAMBA..bukannya yg membawa kpd kelalaian..
Ayuh pemuda!! bangunlah..dengan gagah,,gunakanlah 9 akal yg dikurniakan itu..jgn kau kalah pada nafsumu itu..
Ayuh pemudi!! sedarlah..ketegasanmu benteng AGAMA..
Ayuh pemudi!! tangkislah..syadidkan lah dirimu sekiranya ia perlu..jangan sekali2 kau lemah..

ISLAM MEMERLUKAN INSAN2 YANG BERJIWA PEJUANG!!!!!! " , dengan semangat akhi Furqan menyampaikan nasihatnya dan sambut oleh mereka dengan laungan takbir.

" Hari ini kita akhiri usrah kita dengan tasbih kifarah , surah al-Asr’ dan bacaan doa rabitah oleh akhi Zamni. Silakan , akhi. “ ujar akhi Furqan sambil meminta pertolongan sahabatnya untuk bacaan doa.

Kami menadah tangan mengaminkan doa kepada ALLAH SWT. Syahdu bacaan akhi Zamni sehingga mengalir air mata mereka semua. Aku? Masih berhati batu. Haihh.

“Alhamdulillah. Selesai sudah usrah kita kali ini. Dijemput semua menjamu sedikit santapan yang disediakan . Mesti kalian lapar kan? Selepas santapan rohani , kita kena la ada santapan untuk perut kita tu. Hehehe..Jemput makan semua..” pelawa akhi Akhim.

Usrah kali ini habis cepat sebab masing-masing nak pulang awal untuk menyiapkan assignment tapi usrah kali ini begitu berani menyedarkankan aku yang berhati batu.

“ Boleh ke aku berubah? Hurm..” , fikirku sambil melangkah kaki pulang ke kolej kediaman. Kak Jenab dan Nur sudah jauh ke hadapan.

Tanpaku sedar , langkahku diikuti dari belakang oleh seseorang yang tak dikenali.
________________________________________________________________________________



Sebulan selepas itu..


Aku melangkah longlai ke katil sambil membuka selendangku . Tiba-tiba roommate ku menyapa.

Ida : ko dari mane? Tadi ada  ko call. Ko lupe bawa phone , ea?

Aku : dari masjid. Teman kak Jenab . Haa? Aiseyh..sape plak nie?? Haishh...but the way..thanks yap..

Ida : It’s ok.. J

Aku terus ke meja belajarku.. Ya ALLAH..50 misscall dari nombor yang sama. Nombor tak dikenali . Siapa kah?

“Aku belai kasih sayang ,
Rindu pada ketulusan belaian,
Engkau yang mendamaikan rasa aku,
Dengan cinta tak seperti dulu” 
nyanyian Nubhan yang menjadi nada dering handphone ku  berbunyi.

“Nombor ini lagi..?? Apa aku nak buat ni?  Arghh..malas nak angkat..” monologku.
Aku terus mengangkat panggilan tersebut apabila aku melihat semua roommateku memandangku lain macam. Aku terus keluar bilik , dah pergi terus ke tangga. Port biasa aku untuk  bergayut dulu.

Aku : Hello ,Siapa ni? Kalo tak da urusan sila jangan ganggu  saya boleh ?

X  :Hei perempuan , nie mesti ko dah  tak ade jantan lain kan? Kenapa ganggu tunang aku lagi hah?  Ko jenis perempuan gatal!! Dahlah couple dengan tunang aku dulu –dulu  pastu tinggalkan dia pulak. Patutlah dia cari aku terus nak tunang jep.

Aku :  Pulakk.. Abang Sham yang  tak hargai cinta saya , pentingkan  kekayaan , pasti tu terus buang saya macam tu. Lagipun saya tak mahukan dia kembali dalam hidup saya. Saya tak mahu menjadi batu penghalang kamu berdua. Ya , Memang tinggalkan dia untuk awak. Apa agaknya yang dia beritahu  kat awak sampai awak tiba2 serang saya? Tak silap saya dah sebulan saya dan dia tak berhubung.

X:Tak yah nak tipu laa..kalo tak kenapa dia tiba-tiba  nak postpone? Nie mesti sebab ko..Hahaha..Nak tutup pekung  dulu pulak. Ko ingat  ko kawan dengan budak-budak alim  dah bagus sangat lah? Hahaha..kolot betul , pergi masjid , kawan dengan budak-budak pakai tudung labuh , kan? Haha ..tak payah nak jadi baik laa , dulu bukan main anti dengan budak-budak tu. Sekarang bukan main rapat. Heii.. aku taw ko luar dalam. Tak yah nak tunjuk baik sangat depat si Furqan. Aku taw ko suka dia kan? Ko nak aku pecahkan lubang yang ko tu bekas awek tunang aku kat dia? Haha.. jangan la berangan dia akan suka kat ko. Dia nak perempuan yang baik jep dan ko takkan berubah mcm kawan2 ko yang bertudung labuh tu. Hahaha.. tak akan!!!

Aku : Hah? Akhi Furqan? Eh , macam mana awak tahu? Jangan cakap awak tahu segalanya pasal saya di sini. Jangan cakap awak upah budak kat sini jadi spy saya. What?? Bekas?? Hello!! Jangan tebarkan fitnah kat sini yup!! Saya mmg dulu pernah menjadi teman wanita tunang awak tapi tak penah jadi BINI dia , ok!! Saya taw batas saya dan saya mintak tolong yup..  Jangan apa-apakan Akhi Furqan. Dia tak da kena mengena dalam hidup saya atau awak berdua. Tolong jangan hina saya dan kawan-kawan saya dengan berkata kolot.. Awak tu yang kolot sebenarnya , tak tahu yang akhirat hampir tiba.Jangan berani call nombor ini lagi hanya setakat mahu memberi amaran jangan ganggu  tunang  awak atau cuba menggangu hidup saya selepas ini. Awak jangan ingat saya tak tahu awak student kat sini juga. Saya boleh detect awak course  apa , kolej mana , walhal  bilik awak pon saya boleh tahu juga. Saya ramai kenalan di sini walaupun saya masih baru. Pleasa leave me alone  dan  jangan ganggu hidup saya sedangkan saya tak pernah nak ganggu hidup awak lagi. Ok. Titik!!
Puas.. itu yang dapat aku katakan setelah sebulan aku terlepas dibelenggu dengan dosa mencintai manusia melebihi cintaku  kepadaNya.

“Ya ALLAH , andaiku  dapat putarkan masa , takku bertindak melulu menyerahkan cintaku pada lelaki yang bukan suamiku. Alhamdulillah , ya ALLAH . Sedikit demi sedikit aku mula berubah. Semua berkat doa rakan-rakan seperjuangan. Mereka banyak membantuku mencari jalan keredhaanMu. Semoga Kau limpahkan mereka rahmat dan perlindunganmu pada mereka semua..aaminn , Ya Rabb”, doaku pada Maha Pencipta.

Selepas kejadian  yang hampir meragut nyawaku , aku mendapat satu pengajaran betapa kuatnya ukhwah antara aku dan Nur. Aku di serang demam panas setelah pulang dari kelas pada suatu petang. Sesudah sampai di bilik , aku terus rebah di lantai. Semua kelam kabut panggil resident staff ( RS) dan RS suruh mereka call Unit Kesihatan. First time aku naik ambulans ke unit kesihatan di universitiku. Doktor mengesahkan suhu badanku sangat  tinggi dan aku kekurangan sel darah putih dan aku perlu ditahan di wad selama beberapa hari. Pelbagai test dilakukan terhadapku..sampai lebam2 lenganku untuk diambil darah.Semasa aku di  wad, roommate , rakan2 di usrah termasuklah kak Jenab , Nur , akhi Furqan , akhi Zamni , akhi Akhim , akhi Adam  dan lelain. Yang membuatkan aku terkesan di hati apabila Nur hari-hari datang melawatku dan menjaga makan pakaiku . Sedangkan rakan-rakan yang lain yang mengetahui aku sakit masih lagi tak melawatku . Benar kata –kata orang yang berpengalaman ;

“Kawan ditatkala senang  dicari , kawan tatkala kesedihan hanya beberapa orang sahaja yang sudi. “

Diri ini semakin hari semakin pulih. Antara aku dan Nur , hubungan kami semakin rapat. Sehinggalah suatu hari aku menanyakan sesuatu kepadanya.

Aku : Nur, kenapa Islam mewajibkan kita sebagai wanita peril menutup aurat ek?


Nur tersenyum nipis pabila mendengar pertanyaanku.
  “Alhamdulillah..terbuka sudah hati sahabatku mendalami ilmu , Ya ALLAH. “ kata-kata Nur di dalam hatinya sambil memandang  wajahku .


Nur : Ehem , aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)
 Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.

Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.

Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.

Kejap ea , Nini. Saya nak amik nota yang baru saya salin dari  jom tutup aurat dan jaga akhlak di facebook.  Hah! Jumpa pon. Awak bacalah yup. Erm..saya nak pergi ambil  air suam kejap untuk buatkan air teh limau suam awak nie. Sementara tunggu saya , awak baca & hayatilah ye .” Ujarnya sambil tersenyum.

Aku hanya mampu mengangguk lemah dan mataku  terus difokuskan kepada nota yang diberikan oleh Nur sebentar tadi.

INGATLAH  WANITA

 Ingatlah wahai wanita,
 lelaki yang jahat itu sentiasamelirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan.Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

Ingatlah wahai wanita,
 sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

Ingatlah wahai wanita,
 kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ibn Umar ada berkata, “Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut.“Abu Darda’ pernah menyebut, “Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan“

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, peri laku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?

Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.

Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.

Airmataku menitis laju. Ya ALLAH. Memang diri ini dahulu memakai tudung kerna paksaan. Bukan kerna keikhlasan. Ayahku memaksaku bertudung sejak aku mula memasuki sekolah menengah. Tapi kadang-kadang aku tak memakainya apabila keluar berjalan bersama teman-teman. Sehinggalah ayah dapat tahu , habis aku dirotannya. Seja dari itu aku serik. Aku memakainya hanya kerna aku takut dengan gertakan ayah. Bukan kerna aku ikhlas memakainya. Alhamdulillah , selepas ini aku akan terus memakainya dan memperbaharui tingkah lakuku agar bertepatan dengan syariat Islam. InsyaALLAH.

Nur : Nini , kenapa sedih nie? Awak sakit ker? Saya panggilkan doktor ye.

Aku : Erk. Tak de apa2. Saya ok je nie. Erm , Nur. Nini nak mintak tolong.

Nur : Mintak tolong apa ya? InsyaALLAH kalo saya mampu saya lakukannya kerana ALLAH.

Aku : Tolong ajar saya  macammana mahu menjadi muslimah sejati. Tolong saya.

Nur : InsyaALLAH. Saya tolong setakat yang saya mampu , Nini. Saya pon tak sesempurna mana. Saya hanya manusia biasa.

Aku : Tak pa , Nur. Sama2 kita cari keredhaanNya , ok? Terima kasih , Nur. Terima Kasih. “ , aku memeluknya . Nur mengusap belakangku dengan lembut.

“Tabahkan hati sahabatku mencari redhaMu , Ya Rabb ,” doa Nur dalam hati.




Keesokkan harinya , di bilik doktor.

Dr. Afdzan: Selepas beberapa test dijalankan , kami melihat sel darah putih cik Nini melebihi sel darah merah. Berulang kali kami melakukan ujian. Tabahkan hati ye , berkemungkinan kamu menghidapi barah Leukemia. Ada saudara mara terdekat yang menghidapi penyakit ini , cik Nini?

Aku : Ya ALLAH !! biar betul doktor. Saya..saya muda lagi..saya tak sempat bertaubat dengan ALLAH lagi..Ibu saya meninggal dunia disebabkan penyakit ini..” kataku sambil mula menangis teresak-esak.

Dr. Afdzan : Kami boleh buat test lagi untuk mengconfirmkan semula.InsyaALLAH secepat mungkin.Tabahkan hati kamu. Semuanya ketentuanNya. “ sambil menepuk2 bahuku.

Nasib baiklah Nur lambat datang untuk menjagaku seperti biasa. Aku melangkah longlai ke wad sambil ditemani oleh nurse. Telinga ku seakan-akan masih terdengar lagi kata2 Dr. Afdzan.

“Kita cuba setakat yang mampu . InsyaALLAH. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita ini.Mungkin ini ujian dariNya , tarbiyyah secara terus menerus dari pencipta kita semua. Tabahkan hati. Tempoh perubatan menyatakan cik Nini mempunyai masa 6 bulan sahaja tapi mana tahu , kekuasaanNya. Kita berserah segalanya pada Yang Maha Esa. InsyaALLAH , pihak kami akan cuba yang terbaik untuk mencari penderma sum sum tulang yang bersesuaian dengan cik.”katanya bersungguh2.

“Dr , saya mohon sangat2 dekat dr. Tolong rahsiakan penyakit saya dari sesiapapun, dr. Saya tak mahu menyusahkan sesiapa. Biar la saya tanggung derita ini bersendirian.”ujarku dalam kesedihan.

“Walaupun keluarga cik sendiri?” tanya Dr. Afdzan kebingungan.

“Ya , buat masa ini . Terima kasih dr. Terima kasih banyak2..” ujarku sambil memohon untuk pulang ke wad.

Aku mengeluh. 6 bulan? Mampukah aku bertaubat padaNya dalam masa sebegitu? Duit untuk rawatan kemotherapy lagi,mana aku  nak cekau? Ya ALLAH permudahkan lah urusan hambaMu ini.

“Cak!! Assalamualaikum cik Nini!! “ jerit Dania  yang hadir melawatku . Dia hadir bersama dengan Nur , Kak Jenab , Kak Huda , Kak Siti .

Aku tersenyum tawar sambil menjawab salam di dalam hati. Aku cuba menyembunyikan penyakitku yang satu itu. Biarlah aku , Dr. Afdzan  , pihak hospital & ALLAH SWT yang tahu. Akan ku teruskan pembohongan ini demi tidak menyusahkan mereka yang lain.

“Wahh..ramainya.. terima kasih sebab melawat Nini..terharunya ..!! “ ujarku  sambil mengusap air mata yang mula mengalir di tubir mata. Ukhwah itu sangat manis. Semanisnya iman . Erk? Macamana ek rasanya manis iman tu? ..renung-renungkan.

 * InsyaALLAH..akan bersambung nanti :)